Universiti Utara Malaysia (UUM) ialah universiti keenam negara yang secara rasminya ditubuhkan pada 16 Februari 1984. UUM juga satu-satunya universiti yang ditetapkan supaya mengkhusus kepada bidang pengurusan sejak awal penubuhannya.
Cogan kata UUM ialah "Ilmu, Budi, Bakti". Sebanyak 13 fakulti digabungkan menjadi tiga kolej utama iaitu UUM COB (UUM College of Business), UUM CAS (UUM College of Arts and Sciences) dan UUM COLGIS (UUM College of Law, Government and International Studies).
Terdapat 15 buah Dewan Penginapan Pelajar

VISI
Menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka
Misi
Merealisasikan Universiti Utara Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan perundingan yang terkemuka dalam bidang pengurusan secara berterusan demi menghasilkan modal insan yang mampu dan beriltizam membangunkan negara dan kemanusiaan.